SAH ANWAR IBRAHIM PEJUANG ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

ISLAM YANG TIDAK ISLAM

ASGHAR ALI ENGINEER
Sumber:http://www.isuhot.com/modules
SEBUAH akhbar harian di India, Mail Today bertarikh 13 Ogos 2008 telah menyiarkan berita bergambar mengenai pernikahan pasangan Islam yang dilaksanakan oleh seorang kadi wanita dengan empat wanita sebagai saksi.Pernikahan itu terlebih dahulu mendapat pandangan daripada beberapa orang yang mendakwa sebagai intelek Islam India termasuk Asghar Ali Engineer yang membenarkan pernikahan seperti itu.
Oleh kerana pernikahan itu bertentangan dengan ajaran Islam sebenar maka timbul persoalan siapa Asghar Ali? Apa fahamannya?Dan turut menimbulkan persoalan ialah apa pula hubungan Asghar Ali dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?Sebagai bukti, pada 16 Mei 2008, Anwar telah dijemput oleh Asghar Ali untuk memberi syarahan di Institut Pengajian Islam dan Pusat Masyarakat dan Sekularisme di Mumbai India.
Syarahan oleh Anwar itu dihadiri kira-kira 50 orang tetamu.Kehadiran Anwar atas jemputan Asghar Ali dianggap sebagai rakan baik dan mereka mempunyai hubungan rapat.Hanya orang yang mempunyai hubungan rapat sahaja dijemput memberi syarahan itu. Dalam hal ini, Anwar dilihat sebagai rakan baik Asghar Ali.Timbul persoalan mengapa Anwar dijemput dan apakah FAHAMAN dan PENDIRIAN sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu terhadap pegangan agama Asghar Ali yang membenarkan pernikahan sedemikian.
Asghar Ali memperlihatkan fahaman amat berbeza terhadap perkara-perkara yang dibenarkan oleh Islam.Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Asghar Ali berjudul 'What I Believe', beliau antara lain menyatakan:''Saya berpegang kuat mempercayai bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menukar agama mereka kepada agama lain tanpa sebarang halangan.''Asghar Ali yang berasal dari masyarakat Bohra dan merupakan seorang pengikut Syiah, telah menulis lebih 40 buku.
Pada 2004, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Lembaga Pusat Dawoodi Bohra kerana mengkritik pelaksanaan badan agama tersebut.
Persoalan kini timbul mengenai hubungan Asghar Ali dan Anwar hingga membolehkan Anwar menyampaikan syarahan atas jemputan Asghar Ali.Memang kita sukar menjawab mengenai hubungan Asghar Ali dan Anwar, juga sukar untuk mengetahui pendirian Anwar dan hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.
Bagaimanapun, sebagai individu Islam yang dapat berfikir secara waras, apalah kiranya kita fikirkan sejenak mengenai pendirian sebenar Anwar yang berkawan dengan orang seperti Asghar Ali.Saya juga ingin bertanya pada Anwar, apakah pendirian beliau mengenai pernikahan sedemikian.Kenapa Anwar hadir memberi syarahan tersebut dan adakah ini menandakan sokongan beliau kepada Asghar Ali berhubung pernikahan itu?
Saya bimbang, jika Anwar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, dikhuatiri orang seperti Asghar Ali akan cuba mempromosikan pernikahan yang berlaku itu di negara ini. Sebagai orang Islam, kita semua masih dapat menyelamatkan orang Melayu dan Islam di Malaysia sebelum terlambat.Pada pembaca, saya minta fikirkan perkara ini. Pertimbangkan apa yang saya luahkan ini.