ARIF SHAH JIWA PEMIMPIN UNGGUL


18 Ogos. Penanti-Beberapa siri lawatan lapangan yang dilakukan oleh YB Arif Shah menampakan beliau seorang yang berjiwa rakyat dan tidak angkuh. Arif Shah seorang insan yang dapat menilai kedudukan dirinya sebagai hamba Allah. Sikap dan tindakan beliau di dalam berkempen amat menyenangkan hati penduduk yang ditemui.Sewaktu blogger bertemu dengan beliau bersama dengan beberapa rakan wartawan yang lain di Pasar Awam Penanti, Seberang Perai Tengah semalam, calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ditanya oleh seorang peniaga tentang pandangannya terhadap dakwaan liwat yang dihadapi oleh Anwar.

Jawapan yang diberikan oleh Arif Shah ialah "Itu hal peribadi antara Anwar dan individu berkenaan (Mohd. Saiful Bukhari Azlan). Hari ini kita cerita keburukan orang lain, esok lusa mungkin orang akan dedah keburukan kita."Saya tidak menentang Anwar. Bila saya berkawan dengan seseorang, saya berkawan hingga ke akhira," katanya.Sentimen memburuk-burukkan peribadi calon tiada dalam kamus kempen Arif Shah (jawapan seorang pemimpin yang rendah diri dan tinggi akhlaknya.)

Keadaan ini amat berbeza dengan Anwar, apabila wartawan bertanya pandangan berkenaan Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Abdullah, beliau sering mengkritik secara terbuka dan memfitnah dengan bongkaknya.Rakyat Permatang Pauh tidak akan tertipu untuk kali ini.