APA KATA PEMIMPIN MAHASISWA TENTANG ANWAR


ANWAR IBRAHIM REDHA UITM DI GADAI.


Yang Dipertua UiTM, Lukmanulhakim Mohamad Idris berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyokong cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai percubaan untuk memusnahkan peluang anak bangsanya untuk terus maju.''Beliau seperti ingin mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana penubuhan UiTM adalah selaras dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan hak istimewa orang Melayu

Yang Dipertua MPP Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Syukri Ibrahim berkata, seorang pemimpin Melayu tidak seharusnya menyokong cadangan tersebut kerana UiTM adalah hak masyarakat Melayu dan bumiputera.Beliau berkata, Anwar tidak seharusnya menyokong sebarang cadangan untuk menggadaikan hak keistimewaan masyarakat Melayu dan bumiputera.
''Beliau seharusnya rasional dengan tindakannya menyokong cadangan tersebut kerana ia akan mencetuskan kemarahan masyarakat terutamanya Melayu dan bumiputera di negara ini.''Sekiranya cadangan ini diluluskan, maka generasi masa depan akan menderita kerana harta mereka telah tergadai

Yang Dipertua MPP Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd. Hafiz Asmadi berkata, seorang pemimpin Melayu tidak seharusnya mempertahankan sebarang cadangan yang bakal memusnahkan masa depan anak bangsanya sendiri.Beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada bangsa sendiri dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.''Kita sudah jauh ketinggalan dan UiTM adalah medan terakhir bumiputera untuk menghidupkan kembali persaingan di negara ini