BUDAYA SAMSENG YANG MENULAR


Kekerasan Pekerja PKR sewaktu proses penamaan calon selesai semalam.Dalam insiden kira-kira pukul 1.30 petang itu, jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, dan Halim Berbar, 28, dari HBL Press News, Perancis, bukan sahaja teruk dipukul malah mangsa kehilangan kameranya yang dilarikan kumpulan terbabit.

Blogger telah maklumkan dari awal lagi bahawa Pilihanraya kecil P 44 merupakan pilihanraya yang paling ganas. Latihan melawan bangsa telah diterapkan oleh PKR kepada anggotanya. Hasil yang dilihat, jentera PKR sering menggunakan kekerasan sebagai landasan perjuangan.Tindakan memukul 3 orang jurugambar dan meraba Puteri UMNO adalah tindakan yang memang di jangka kerana sikap kurang ajar dalam PKR telah dilatih oleh Anwar sendiri.Anwar adalah pelopor perang psykologi pilihanraya yang menggunakan kekerasan. Bagi Anwar adalah halal darah orang Islam sekarang untuk dititiskan dibumi P44. Kedurjanaan Anwar, jelas terbayang apabila beliau cuba mempertahankan tindakan pekerja PKR yang menggunakan kekerasan.Mereka menahan, memukul, memaki hamun, menunjukkan isyarat lucah dan segala-galanya bertentangan dengan ajaran Islam.Blogger tdak terkejut dengan tindakan ini, kerana ANWAR MEMANG PENENTANG ISLAM.