DEMI ISLAM , PENYOKONG PAS MENOLAK ANWAR


Agen Amerika di Malaysia sejak tahun 1974

18 Ogos.Penanti-Jelas mengetahui bahawa kedudukan Anwar sehingga 18 Ogos 2008 amat getir untuk mengecapi kemenangan.Rata-rata penduduk yang ditemui, menyatakan kesediaan mereka menukar undi kepada BN kerana tindakan Anwar yang semakin lama menghakis keistimewaan hak orang Melayu dan nasib umat Islam. Anwar semakin lama semakin bongkak. Seorang pengikut PAS yang ditemui di Pekan Penanti, yang mahu dikenali namanya dengan nama Said menyatakan bahawa " buat apa kita sokong Anwar seorang yang macam angan-angan Mat Jenin.Betui kata Tuan Guru Hj Hadi kita ni jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin."Kehadiran pendengar yang ramai pada setiap kali Anwar berceramah bukanlah kayu ukur utama untuk melihat tanda sokongan rakyat kepada beliau.

Ini kerana rata-rata yang hadir mendengar ceramah Anwar adalah orang yang sama. Dalam tinjauan yang di buat oleh blogger di beberapa siri ceramah Anwar, kadang-kadang kenderaan yang sama hadir di dalam 3 siri ceramah Anwar. Isi kandung ceramah Anwar tidak lari dari isu ingin menurunkan harga minyak dan beliau difitnah. Rakyat semakin bosan dengan kenyataan Anwar yang asyik-asyik menyatakan beliau benar.

Jika beliau benar, beliau tidak perlu takut dan berserah kepada Allah untuk membantu golongan yang teraniaya.Untuk rekod, di dalam pilihanraya Mac yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir , sejumlah hampir 9,000 undi diperoleh oleh wakil rakyat PKR yang mewakili kawasan itu. BN pula hanya memperoleh kira-kira 4,000 undi.