ANWAR TAGIH SIMPATI PEMIMPIN YANG TIDAK DI TERIMA RAKYAT


Gus Dur sendiri ditolak oleh rakyat Indonesia.Apakah rakyat Permatang Pauh ingin bersama Gus Dur yang ditolak oleh rakyatnya sendiri.

18 Ogos.Penanti-Pusat Media Blogger yang beribupejabat di Pekan Penanti menerima maklum tentang kehadiran Gus Dur ke ibupejabat PKR sebagai tanda sokongan kepada Anwar. Perlu diingat Gus Dur ialah bekas Presiden Indonesia yang terlibat dengan skandal wanita dan tidak diterima rakyat. Anwa semakin hari semakin tertekan untuk menagih simpati rakyat sehingga mengimport bekas pemimpin luar yang tidak diterima rakyat dinegaranya sendiri. Gus Dur yang telah sedia maklum terlibat dengan skandal wanita, tidak dapat diterima oleh rakyat Indonesia lagi.

Gus Dur jelas memalukan institusi ulamak Indonesia. Anwar dilihat berpengaruh di kalangan pemimpin asing dan sewaktu pemecatan Anwar pada 1998 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan kes rasuah dan salah guna kuasa, Abddurrahman Wahid yang lebih dikenali sebagai Gus Dur adalah orang yang paling lantang membantah keputusan itu.Polis dunia Amerika Syarikat yang merupakan sekutu kuat Israel juga telah mula campur tangan urusan negara mengenai siasatan kes liwat Anwar.

Keadaan ini membuktikan dengan jelas lagi bahawa Anwar sememangnya merupakan agen asing yang bertanggngjawab menjual maruah negara kepada Yahudi dan seterusnya membawa agenda menghancurkan Islam. Pengundi Permatang Pauh bijak membuat keputusan demi Islam dan kedudukan Melayu.