JOSEPH ESTRADA JUGA DIPECAT KERANA SALAHLAKU KEPIMPINAN


Estrada dan Anwar Sama dengan tabiatnya.

Dalam ceramahnya pada malam selepas penamaan calon Sabtu lalu, Anwar secara terbuka memberitahu beliau mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur dan dua bekas Presiden Filipina iaitu Joseph Estrada dan Corazon Aquino. Estrada sahabat baik Anwar yang telah didakwa oleh Anwar memberikan sokongan kepadanya, dipecat daripada jawatan Presiden dan dipenjarakan oleh Mahkamah Filipina kerana menggelapkan wang negara. Estrada, yang ditahan sejak bersama-sama anaknya, Jinggoy, kerana tuduhan menyunglap AS$82 juta.Bekas Presiden Filipina itu didesak oleh rakyat untuk meletakkan jawatan kerana terlibat dengan rasuah dan penyelewengan. Estrada meletakkan jawatan setelah tentera dan polis yang menyokongnya belot dan memberikan sokongan kepada pergerakkan rakyat.

KENYATAAN ANWAR TERHADAP ESTRADA DI DALAM WWW.HARAPANMALAYSIA.COM

Saya dan Azizah seharian di Manila, di antara lain untuk menziarah sahabat kami bekas Presiden Cory Aquino yang sedang dirawat akibat penyakit barah dan bekas Presiden Joseph Estrada, sahabat setia (seorang yang jelas menyeleweng wang negara dianggap sahabat setia oleh Anwar.Mengapa?Estrada juga dalah penggerak Gereja di Asia Tenggara selain Aquino ).

Kami solat Jumaat di kompleks kediaman keluarga Aquino dan sesudah itu menyampaikan ucapan di University De La Salle. InshaAllah awal esok pagi kami akan berlepas pulang ke KL