PETANDA AWAL HJ HADI AKAN DISINGKIR SEBAGAI CALON PM


ANWAR PILIHAN DAP DAN BUKANNYA PAS.


DAP hari ini mengulangi pendirian dan kesedian parti itu menerima penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan komited bekerjasama dengan Pakatan Rakyat mempromosikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT).Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia mempunyai harapan tinggi terhadap Pakatan untuk memerintah dengan baik di negeri-negeri yang dikuasainya.“Kami ingin tegaskan beberapa kunci untuk menjadi ahli yang bertanggungjawab.


Pertama, DAP menerima Anwar sebagai perdana menteri alternatif dan komited dengan kerjasama dalam Pakatan untuk mempromosikan kerajaan CAT,” katanya di kongres kebangsaan DAP di ibunegara hari ini.Lim juga menolak usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik kerana menurutnya, ia bertentangan dengan wawasan menuju masyarakat sivil yang pelbagai kaum dan agama. Parti yang sinonim dengan penyokong Cina itu, juga bercadang untuk meningkatkan penyertaan bukan Melayu dalam parti itu.


“Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan orang Melayu, bergantung kepada prestasi kita sebagai pemerintah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.(JELAS DAP MENGAKU MEREKA SEBAGAI PEMERINTAH DI PERAK DAN SELANGOR“Terutamanya apabila kita memimpin kerajaan di Pulau Pinang, untuk membuktikan kita mengambil berat terhadap orang Melayu dan menyalurkan apa yang tidak berjaya dilakukan BN selama 50 tahun,” kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.


Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."( DAP MAHU ANWAR JUGA JADI PM).PAS BAKAL JADI ORANG SURHAN DAP.PAS TIADA PRINSIP DALAM PERJUANGAN.Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu."Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.