
Oleh KLpos, Mstar
Khamis, 21 Ogos 2008
CALON Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, yakin BN dapat merampas kembali kerusi parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut laporan Mstar, Arif yakin sebanyak 20 ribu undi sudah berada dalam genggamannya dan hanya memerlukan beberapa ribu undi lagi untuk menang dengan majoriti tipis. "Saya berkeupayaan untuk menang, mungkin majoriti tidak besar, majoriti kecil," kata beliau yang memulakan kempen hari kelima sejak pukul 8 pagi.Arif turut menambah jika jentera BN melipat gandakan lagi kempen dalam beberapa hari ini, beliau mampu memungut sehingga 28 ribu undi.