SUMPAH DS NAJIB DI IKTIRAF MENGIKUT CARA ISLAM


DS Najib bersumpah sebagaimana yang disarankan oleh TG Nik Aziz.Justeru, apa lagi yang perlu difitnah kepada DS Najib.TG Nik Aziz mengakui dan menyuruh bersumpah dengan cara tersebut.Ini bermakna kes pertuduhan fitnah ke tas DS Najib selama ini adalah tidak benar sama sekali Yang hak tetap menang menentang yang bathil

BERITA SEBELUM INI

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam ini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.Timbalan Perdana Menteri itu berkata: "Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas Al-Quran."Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia," katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.