SEMOGA ALLAH BERKATI IKATAN UMNO-PAS


TG NIK AZIZ JUGA PERNAH MENJADI AHLI UMNO.BETUL KER.....APAPUN UMNO DAN PAS JIWA YANG SAMA IAITU PERJUANGKAN ISLAM.


TIDAK PERLU TANDA TANYA.MEMANG JELAS PAS AKAN MEMBOIKOT ANWAR DALAM PILIHANRAYA P44 DEMI MENYELAMATKAN MARUAH ISLAM.DEMONSTRASI MAJLIS PEGUAM BUKTI PAS DAN UMNO MAMPU BERSATU MENENTANG PKR YANG INGIN MEMUSNAHKAN ISLAM.


'Muktamad, terus bersemuka dengan Umno" PAS

Oleh Bernama
Isnin, 18 Ogos 2008

IPOH: Setelah tiga hari hangat membincangkan isu muqabalah antara PAS dan Umno, muktamar tahunan PAS ke-54 berakhir hari ini dengan keputusan tegas memberikan kepercayaan kepada barisan kepimpinan untuk meneruskan pertemuan bersemuka dengan Umno.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata para perwakilan telah bersetuju menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan bagi meneruskan muqabalah itu dengan cara yang terbaik sejajar dengan matlamat dan prinsip asal perjuangan Islam oleh parti itu.

Semasa menggulung perbahasan muktamar itu, Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS melalui kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat (PR) akan juga menjalankan kewajipannya melaksanakan hukum-hukum Islam mengikut bidang kuasa yang ada.Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga bersyukur isu muqabalah itu telah dapat diselesaikan dengan baik pada muktamar itu."Alhamdulillah, muktamar ini berjaya merungkai persoalan ahli akar umbi terhadap isu muzakarah ini," katanya ketika diminta menjelaskan sejauh mana penerimaan ahli parti terhadap penjelasan isu berkenaan.

Nasharudin berkata pertemuan itu adalah diketahui dan dipersetujui Majlis Syura Ulama parti itu.Beliau berkata anggota yang anti-muqabalah yang sehingga hari ini tidak bersetuju dengan sebarang pertemuan dengan Umno, harus menerima keputusan bersama yang dibuat pimpinan tertinggi parti."Dalam PAS, kita amalkan demokrasi, mereka boleh memberikan pandangan mereka tetapi keputusan telah dibuat parti, bila dah ada keputusan apatah lagi keputusan di peringkat paling tinggi dalam parti iaitu muktamar, kita kena akur bersama," katanya.

Ditanya mengenai butiran perbincangan dengan Umno pada pertemuan yang diadakan sebelum ini, Timbalan Presiden PAS itu berkata parti itu tidak ditawarkan jawatan tertinggi kerajaan, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dalam muzakarah dengan Umno itu.Katanya pertemuan 'tidak rasmi' sebanyak tiga kali dengan Umno yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac itu juga tidak timbul tawaran jawatan untuk individu termasuk mereka yang terlibat secara langsung dalam pertemuan itu.

Katanya, anggota parti PAS termasuk ahli akar umbi dilihat sudah boleh menerima dan memahami setiap tindakan pimpinan parti itu dalam isu berkenaan."Isi pertemuan dengan Umno hanya berkisar kepada isu-isu kontemporari seperti hal berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam. Tidak ada agenda politik yang boleh dikaitkan dengan perkongsian kuasa dibincangkan," katanya.Sementara itu ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menyifatkan kesangsian ahli dan pimpinan di peringkat akar umbi mengenai isu muqabalah dengan Umno berjaya diselesaikan dengan baik dalam muktamar tersebut.

"Selesai...tidak ada apa-apa masalah. Ia telah terjawab. Keterbukaan pemimpin untuk terima pandangan yang kritikal dan kebijaksanaan mereka telah berjaya selesaikan banyak persoalan yang tidak terjawab sebelum ini," katanya.Beliau juga menafikan wujud perpecahan dalaman parti akibat isu berkenaan malah mengibaratkannya sebagai "kocakan air dalam cawan sahaja."