SELAMAT ISLAM TOLAK PKR


PKR semakin terserlah tidak memperjuangkan dan mempertahankan Islam bila Timbalan Presiden, Syed Husin dan Ketua Penerangan Tien Chua tidak bersetuju dengan Zulkfili Nordin – MP Kulim Bandar Baru turut serta membantah forum Majlis Peguam dalam isu Artikel 121(1A) Memeluk Islam.Kenyataan Syed Husin dan Tien Chua menolak perbuatan Zulkfili Nordin sebagai mewakili PKR dan menolak tindakan menghalang forum itu dari dilaksanakan. PKR dengan jelas mempunyai agenda yang tidak serupa dengan mereka yang hadir dalam membantah forum tersebut dan menentang forum atau diskusi dalam perbincangan isu-isu yang melibatkan Islam.
Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum "Memeluk Islam" diadakan berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A).

Tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) menyatakan “kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.” Pada 9 Jun 2008, salah satu dari 14 tuntutan IFC telah berjaya diadakan di Selangor. Xavier menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada dalam tuntutan ke-8 IFC ?
Di Selangor jumlah penduduk Islam ialah 4 juta orang dengan jumlah masjid ialah sejumlah 380 buah. Manakala penduduk beragama Hindu ialah sejumlah 700,000 orang dengan jumlah kuil sejumlah 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?Anwar berhasrat tidak menghalang langsung pembinaan rumah ibadat di seluruh Malaysia apabila beliau menjadi PM.