DEDAH 2 : LIM GUAN ENG UBAHSUAI RUMAH RM 300 000


Lim Guan Eng atau nama samarannya Umar Abdul Aziz (tindakan berani Guan Eng menghina khalifah Islam), telah melakukan kesalahan yang paling besar iaitu membohongi rakyat. Berdasarkan sumber di Pejabat Ketua Menteri, jelas didapati Lim Guan Eng telah menggunakan kedudukannya untuk membaikpulih rumah tetamu (bersebelahan rumah SUK) yang menelan belanja RM 300 000.

Perkara ini telah diketahui oleh semua kepimpinan atasan Pakatan Rakyat, namun mereka tidak menghebahkannya. Kos sebenarnya membaik pulih rumah tersebutnya sebenarnya hanyalah RM 35 000 sahaja.Lim Guan Eng terpengaruh dengan permintaan isterinya yang sehingga menyebabkan kos membaik pulih rumah berkenaan menjadi RM 300 000.

Antara pembiayaan yang membazir ialah sistem internet disetiap bilik, perabot baru mengikut Feng Shui, interior design dan sebagainya. Dalam keadaan negara berjimat cermat, Lim Guan Eng telah menggunakan wang rakyat untuk melakukan pembaziran.Inilah Lim Guan Eng yang suka merompak wang rakyat sebagaimana ayahnya Lim Kit Siang.