LIM GUAN ENG CAKAP PUSING-PUSING.

"KEMPEN PUSINGKAN GUAN ENG PEMIMPIN KAFIR HARBI "

Pada 26 Mei 2008, Lim Kit Siang telah berkata tidak perlu lagi Ketuanan Melayu. Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, anak Kit Siang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam akhbar The Star, mukasurat 16, 16 Jun 2008. Jadi macam mana PAS hendak tubuh negara Islam kalau DAP sudah reject cadangan mereka?. Ini belum lagi memerintah Malaysia, entah-entah kalau orang Melayu undi DAP semata mata untuk menolak BN, maka DAP yang lebih berkuasa bukannya PAS atau Melayu dalam PKR. DEB dihapuskan ketika DAP mula memerintah Pulau Pinang).
Guan Eng juga menyokong dikenakan tindakan disiplin terhadap Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) kerana menyertai protes terhadap forum “Memeluk Islam” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ianya bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno". Tidakkah tindakan Guan Eng ini seolah olah mempertahankan tindakan Majlis Peguam? Salehuddin Ayub dan Zulkifli Nordin memprotes tindakan Majlis Peguam atas kapasiti dia sebagai orang Islam. Berhak bagi dia mempertahankan agamanya.