KENALI PILIHANRAYA KECIL P44


Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 adalah merupakan pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 26/8/08 setelah Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah juga menetapkan bahawa tarikh penamaan calon yang bertanding boleh dilaksanakan pada 16 Ogos 2008 manakala hari pengundian pula pada 26 Ogos 2008. Ini bermakna tempoh kempen pilihanraya kecil berkenaan adalah selama 10 hari.Pilihan raya kecil ini digelar sebagai "Ibu Segala Pilihan Raya Kecil" oleh media disebabkan oleh kemungkinan implikasi pilihan raya kecil tersebut dan kedudukan "ANGAN-ANGAN ANWAR" sama ada realiti atau fantasi.

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan bagi poilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, dengan undian akan diadakan sepuluh hari kemudian pada 26 Ogos 2008. Beberapa 58,459 pengundi di parlimen Permatang Pauh layak untuk mengundi pada 26 Ogos, waktu hari bekerja (Selasa), ditambah lagi dengan 490 pengundi pos.SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil itu dengan dibantu tiga penolong pengurus - Zainol Abidin Md Noh (setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai), Kamarul Haizal Koderat (ketua penolong pegawai daerah) dan Azizal Ahmad (penolong pegawai daerah).

Apapun yang berlaku, jentera PKR telah memulakan gendang perang sebelum penamaan calon lagi.Kubu kuat di Penanti dan Kubang Semang menjadi medan mereka untuk menabur fitnah mempertahankan Anwar.Kg Pelet pula dikenali sebagai sebuah kawasan yang membekalkan pejuang "Ganas" tanpa mengira manusia seagama dan sebangsa.Pernah diberitakan pada pilihanraya ke 12, kawasan sekitar Kampung Pelet dijadikan medan tempur tanpa senjata ahli politik PKR.Fairuz yang juga TKM1 Pulau Pinang, dengan bongkak mula mengarahkan jentera dan pendekar silatnya menyusun jurus untuk berperang dengan UMNO Fairuz menganggap UMNo sebagai golongan yang perlu diperangi sampai ketitisan darah yang terakhir.KIta tidak perlu terkejut sekiranya pilihanraya ini kelak bakal menjadi medan melihat saudara seagama bertumpah darah.

Bloggersamat-amat berharap agar PKR dan sekutunya berlawan secara anak jantan.Jika kamu menabur fitnah,maka jangan kamu pula takut UMNO membetulkan mehnah fitnah yang kamu bawa.Sebagai pembuka laman blog rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, bloggers merafaqkan doa berikut :

" YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH AGAMAMU INI DARI DIJAJAH DAN DIPIJAK-PIJAK OLEH KAFIR HARBI DAP DAN MUSUH-MUSUH ISLAM DI BUMI PULAU PINANG".SELAMATKANLAH NEGERI KAMI DARI MALAPETAKA LAKNATMU YA ALLAH.KUATKANLAH IKATAN PERSAUDARAAN DI ANTARA KAMI.AMIN YA RABBAL A'LAMIN.