PULAU PINANG PUSAT HIBURAN TERKEMUKA


19 Ogos. Kampung Pertama-Sememangnya telah dijangka selepas Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP memerintah negeri Pulau Pinang akan berlaku perubahan yang ketara terutamanya di dalam aspek penularan dan pengembangan pusat hiburan dan minuman keras. Dengan mengambil contoh pembukaan booth menjual arak sewaktu hari Karnival Belia berlangsung di Auto City Juru,ianya menunjukkan satu petanda bahawa DAP sedang mula mencemari dan tidak menghormati umat Islam.


Penjualan arak pada hari berkenaan adalah secara lelong iaitu RM 3.00 untuk 2 tin. Keadaan ini telah menarik minat remaja Islam untuk membelinya.Apa yang yang menyedihkan, 2 orang exco Melayu dari PKR tidak berani menegur tindakan Exco DAP berkenaan. Apa punya BODOH EXCO MELAYU TAK TAHU TENTANG PEMBUKAAN BOOTH MENJUAL ARAK.Suara rakyat di Pulau Pinang sekarang ialah mewakili suara penjual arak dan pengusaha pusat hiburan.Sekiranya Anwar menjadi PM, maka lebih banyak lagi pusat arak dan hiburan akan dibuka tanpa kawalan.Berubah sebelum parah.