UiTM BAKAL DIKORBANKAN JIKA ANWAR MENJADI PM


BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian parti itu supaya 10 peratus daripada jumlah kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.Sambil menyifatkan angka itu kecil sahaja, beliau berkata, syor yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tepat dan kena pada masanya.''Kita sudah nyatakan bahawa hanya 10 peratus sahaja (kuota) untuk pelajar bukan bumiputera bersama pelajar asing untuk belajar di situ (UiTM).''Apabila berjaya menamatkan pengajian, mereka boleh menyambung pengajian di luar negara seperti Shanghai (China), Dubai (Emiriyah Arab Bersatu) malah di Eropah," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor sebelum ini mengemukakan cadangan kuota 10 peratus tersebut dengan alasan ia membolehkan universiti itu bersaing dalam era globalisasi.

Blogger amat yakin bahawa inilah rasuah politik Anwar bagi mendapat undi kaum Cina dan India. Anwar sanggup menggadaikan harta pusaka nenek moyangnya.Dalam pada itu, Muktamar PAS di Ipoh pula telah menyentuh keceluparan Anwar di dalam isu-isu berkaitan Islam dan Melayu termasuklah isu UiTM.Jika ini berlaku, maka peratusan umat Islam yang menuntut di UiTM akan berkurangan.Maka, sekali lagi Anwar akan bergembira.