ANWAR TAHI JUDI

"KALAU MENANG HARI INI, ESOK JUGA SEMUA LESEN JUDI AKAN DILULUSKAN"

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah.

"(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap di Peti Undi Barisan Nasional di Simpang Empat Seberang Jaya di sini malam ini.
Teck Lee dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada UMNO pada September 1998.Najib berkata, beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.