PAS PULAU PINANG KECEWA DENGAN ANWAR (BAYANGAN PAKATAN RAKYAT)


YB NASARUDIN TERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA UMNO.DEMI ISLAM DAN BANGSA MELAYU KITA BERSATU MENENTANG MUSUH ALLAH PKR DAN DAP

IPOH 16 Ogos - Pas Pulau Pinang meluahkan rasa terkilan dengan layanan yang diterimanya daripada kerajaan pakatan pembangkang diketuai DAP di Pulau Mutiara itu sejak empat bulan lepas.Seorang wakilnya, Mohd. Fahmi Abdul Wahab berkata, selepas empat bulan membentuk kerajaan negeri, Pas sebenarnya masih mencari-cari apakah makna sebenar pakatan itu.

''Sehingga hari ini, Pas negeri belum dipanggil oleh kerajaan negeri untuk duduk semeja bagi membincangkan hala tuju pakatan pembangkang di negeri ini," katanya semasa membahaskan ucapan presiden pada Muktamar Pas Ke-54, di sini hari ini.Menurut Mohd. Fahmi, Pas Pulau Pinang bersetuju dengan perwakilan dari Terengganu bahawa pakatan antara tiga parti itu tidak boleh dipanggil sebagai pakatan 'perkahwinan'.

Katanya, ini kerana setelah empat bulan 'berkahwin', Pas Pulau Pinang hanya dapat tidur di beranda rumah sahaja.''Kadang-kadang kita rasa terkilan kalau hendak terjemahkan pakatan ini sebagai pakatan perkahwinan kerana kita ini umpama tidur atas beranda sahaja.''Adik-beradik asyik tanya kita takkan sudah empat bulan 'kahwin', tak pening-pening dan muntah, hendak pening macam mana, sentuh tangan pun tidak," katanya sambil disambut oleh gelak ketawa daripada perwakilan lain

"DEMI ISLAM PAS PERLU TOLAK ANWAR".HIDUP,HIDUP, HIDUP ISLAM.....