PAS AKAN KELUAR PAKATAN RAKYAT!!!!


Presi­den PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya komponen PR iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara. Perkara itu disahkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kepada Sinar Harian, dan berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Abdul Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. Menurut Mohamed Hafiz, Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas negeri itu, yang lalu. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau. Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti.

Blogger mendoakan dan berharap agar PAS menyokong penuh calon UMNO demi menyelamatkan maruah Islam secara menyeluruh.Bloger yakin dan percaya bahawa PAS Pulau Pinang telah insaf dengan penipuan Guan Eng dan Fairuz dalam hal ehwal pembangunan Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Isu tanah Melayu, arak, judi, pelacuran dan pembangunan Islam diketepikan langsung oleh Guan Eng dan Fairus.Masa untuk PS berubah dan membantu UMNO dalam sama-sama berusaha ke arah penyatuan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.