GUS DUR MENENTANG UNDANG-UNDANG ANTI PRONOGRAFI DI INDONESIA


19 Ogos.Seberang Jaya-Blogger agak terkejut membaca kenyataan Gus Dur mantan Presiden Indonesia yang menentang undang-undang anti pronografi. Ini bermakna Gus Dur menyokong aktiviti pronografi berleluasa di Indonesia. Gus Dur yang mengetuai Parti Nahdatul Ulamak dengan berani menentang undang-undang pronografi.Jadi , blogger tidak terkejut dengan tindakan Gus Dur yang menyokong Anwar.

Anwar dan Gus Dur sama sahaja yang berjuang untuk kemungkaran. Dalam pada itu, blogger sempat menemui beberapa orang pengundi di Pasar Awam Seberang Jaya awal pagi ini. Ternyata mereka agak terkejut dengan tindakan bekas Presiden Indonesia yang jelas cuba mencampuri urusan negara Malaysia.Salah seorang penduduk tempatan yang ditemui, Encik Ramasamy menyatakan bahawa biar rakyat Malaysia yang memilih pemimpin mereka dan bukannya Gus Dur.