PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PAUH


24 Ogos.Penanti. PKR semakin lama semakin terdesak untuk memastikan taiko mereka menang dengan mudah. Mereka takut majoriti berkurang. Majoriti yang berkurang, bermakna , sokongan rakyat kepada taiko Anwar akan berkurang. Ini bermakna ketuanan rakyat juga akan berkurang.Untuk itu, berdasarkan sumber dalaman di Yayasan Aman, antara perkara yang perlu mereka lakukan ialah memastikan ramai pengundi luar di bawa masuk.Perkara ini telah mereka lakukan sejak 6 bulan lalu.Menurut sumber itu lagi, kemungkinan besar undi terhadap Anwar akan merosot.Perkara ini diakui sendiri oleh para petugas UMNO yang menyemak senarai nama pemilih apabila terdapat sebuah rumah sampai 15 nama. Namun, perubahan terhadap keyakinan rakyat terhadap Anwar akan berubah sekiranya Anwar berani bersumpah.