
Alangkah terkejutnya saya apabila menerima risalah 4 mukasurat(berwarna) yang memaparkan mehnah untuk membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah.Benarka Anwar tidak bersalah?Mengapa Anwar terlalu takut dalam hal dia dituduh meliwat.Jika beliau tidak meliwat beliau tidak perlu takut. Tapi alasan yang beliau berikan mudah sahaja iaitu saya ingin berjuang menentang fitnah ke atas diri saya.Inilah alasan songsang dan lemah Anwar dari dulu sehingga sekarang.Bloggers merasakan, Anwar sekarang telah kehausan idea dalam pidatonya.Mana Anwar dapat duit cetak risalah dengan banyak dan berwarna lagi.Tapi apa nak terkejut pula kan...Anwar kan anak emas Amerika dan Yahudi.Edaran A3 bertajuk " ANTI KONSPIRASI" memaparkan info berikut :
Tajuk halaman pertama.
Kalah debat Anwar ditangkap.
Pemimpin tertentu Umno engkar fatwa ulama
Tiga bulan lagi ekonomi Malaysia parah
Tajuk halaman kedua;
Lawan tetap lawan
Polis arah Anwar ditelanjangkan, diukur bahagian sulit
Pak Lah disanggah bertubi-tubi
Tajuk halaman ketiga
Formula turun harga minyak buat kerajaan panik
Fahami hukum qazaf
Tajuk halaman empat
Siap hadapi pilihanraya dan ke Putrajaya
Ulamak dan sarjana Islam dunia bela Anwar
Kes 1998: darah Anwar direnjis atas tilam
Rodwan curi DNA Anwar.
Kisah Nabi Yusuf
Kesimpulan yang bloggers boleh buat ialah, semua intipati isikandung edaran berkenaan tidak lain hanyalah untuk menyatakan bahawa Anwar tidak bersalah dan hanya Anwar sahajalah yang baik dan mulia.Anwar bersungguh-sungguh berbohong dengan rakyat Permatang Pauh.Mengapakah sikap pembohong Anwar tidak boleh menghilang sejak dari zaman ABIM lagi.Anwar seperti bakal menjadi pembela kepada penjenayah homoseksual dan perogol di Malaysia sekiranya beliau menjadi PM.Semua mereka yang bersalah jika dibebaskan dengan ikat jamin boleh berpidato untuk menyatakan mereka tidak bersalah.Kalu cam ni, kita tutup sahajalah balai polis dan mahkamah.Kita bagi Anwar sahaja yang jadi hakim dan peguam.Buat mahkamah sendiri wahai Anwar dan lantik polis sendiri.

