PEMIMPIN PAS BERSELISIH PANDANGAN DALAM HAL SETIA KEPADA ANWAR (PAKATAN RAKYAT)

RELAKAH NIK AZIZ BERSATU DENGAN PENENTANG HUKUM ALLAH?

"INGAT KARPAL SINGH!!!!MU TU KAPIR HARBI..KAPIR YANG WAJIB DIPERANGI

Kenyataan Mat Sabu

IPOH 14 Ogos - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan tetap bersama pakatan pembangkang sambil menyifatkan hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah 'tersimpul mati'. Katanya, Pas tidak mahu berpisah daripada gabungan pembangkang itu sebaliknya segala masalah yang tercetus dalam pakatan pembangkang akan diselesaikan menerusi konsep musyawarah. Beliau berkata, kemenangan yang diperoleh Pas semasa pilihan raya umum baru-baru ini adalah atas nama pakatan pembangkang dan kerjasama tersebut akan berterusan sampai bila-bila. Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, hari ini.



Aug 13, 08 11:40pm-Malaysiakini
Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.
"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?"Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan Umno atas keputusan Syura Ulama, tidak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan."Kita pergi jumpa Umno untuk beritahu mereka syiar Islam sebenar... Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perang pun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," katanya.


Kepada siapakah walaq harus diberikan? Timbalan Presiden atau Naib Presiden?