ANWAR PEMIMPIN RETORIK


18 Ogos.Kampung Permatang Tengah.Dato' Seri Najib melihat Anwar sebagai pemimpin yang penuh dengan retorik sempit dan penuh dengan angan-angan.Tindakan Anwar yang melancarkan kempen dari Permatang Pauh ke Putrajaya hanyalah gimik politik sempit yang membohongi rakyat. Beliau berkata, mana mungkin pilihanraya kecil dapat membentuk sebuah kerajaan. Anwar meletakkan harapan besar yang tidak mampu beliau lakukan. Amanah yang diberi sewaktu menjadi Menteri Kewangan dan TPM tidak berjaya dilaksanakan. Sewaktu berkuasa, beliau gagal menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi. Justeru, tiada jalan pintas yang perlu dilakukan oleh penduduk Permatang Pauh untuk menyelamatkan Islam melainkan menolak Anwar sebagai calon P44 pada 26 Ogos 2008 ini.